baru jer aku missed flight last trip back, kali nih luggage aku delay la pulak!
asyik asyik aku jer yang kena..memang soi! kali nih aku balik Hanoi, ada dua luggage..satu tu selamat dalam dokonganku tapi backpack aku yang cun-mun tak keluaq keluaq dari revolving belt tu. Dalam hati aku ingat la maybe orang lain yang amik, dah sumpah seranah dah aku kat orang tu. Then tetiba aku terdengar ada a few people yang sama flight aku complain pasai luggage hilang. Apa lagi aku pon join the crowd la. Aku siap suruh dia bawa aku naik kete round track luggage cabin jalan lagi you (tapi dia tak setuju la bawa aku, dia cuba ingat aku nih gila jer la dgn permintaan aku tu..) So dia pun tolong aku buat report missing luggage.. aku pun sign la dgn hati yang sedih. Dok pikiaq segala bra and underwear aku kat dalam tu, charger laptop aku, dengan teh 18 tahun kita tu Suraya...masya'llah!
Korang tau, pompuan yang tolong aku isi borang tu siap suruh aku datang balik airport kalau dah jumpa beg aku...ada ka patut!!!! dah hilangkan beg aku nih nak suruh aku datang balik! Naik angin aku dengar..dah la dengan tido for only 1 hour sebelum tu, aku naik suara cakap diaorang yang kena hantar kat apartment aku, mana ada aku yang kena datang balik airport!!!!!
Anyway, dah tak boleh buat apa2 dah..dengan boss aku calling-calling tanya aku dah masuk kerja ka belum, naiklah taxi balik rumah, mandi then pi kerja. Ngantuk gila nak mampos!
(nasib baik spenda biru ku ada lagi untuk tampung aku malam tu...hehehehe)
The next day, selepas aku dah tunggu 29 jam dan 30 minute, akhirnya beg aku sampai..alhamdullilah! check semua ok, teh china tua tu ada lagi, spenda semua tak kena curi..so semua selamat lah!.
Then terdetik dalam hati aku untuk buat claim, claim baggage delay. Selalu kan masa beli tiket kita beli travel insurance sekali kan. Aku laa..setiap flight mesti beli punya. So aku pun email la kat address Air Asia aku dapat kat website, tanya macamana nak buat claim semua kejadah..tiga hari tak jawap-jawap (kata jawap dalam 24 jam!). Anyway, cuba call call center Air Asia, asyik dok suruh aku call Premium Line dia. Fine, dial-dial tak boleh. Rupa-rupanya tak leh nak call kalau duduk luaq Malaysia -_- Bodoh tak! Macam la Air Asia nih ada kat Malaysia ja.
Memang bengang dah aku...Last-last aku mintak tolong Lilot tolong call dari KL, in the meantime aku akan hantar all the details of my flight to her. Then baru aku perasan..........dalam banyak-banyak flight aku pernah amik........dalam banyak-banyak tiket aku dah pernah booking........dalam banyak-banyak......yang nih aku tak beli insurance!!!!! f#@%*&@!!!!!
After i swear f#@%*&@!!!!!, i wrote this blog.
Sekian....